sponsor

Thursday 31 July 2014

Rahsia Si Raja Pembuka Konstantinopal...



Kenapa al Fateh dikatakan sebaik-baik raja?

Ketika solat Jumaat didirikan buat pertama kalinya di Kota Konstantinopal, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

1-“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi,

2-“Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi,

3-“Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh.

Dialah sendiri sebenarnya sebaik-baik raja !

Sumber : http://zainurrashid.com/?p=350

Saat penentuan semakin tiba....


Selepas Israel gagal merealisasikan objektifnya di bumi Gaza,selepas gagal segala konspirasi yang didalangi Emeriat,Saudi,Amerika dan Mesir untuk menjatuhkan Hamas di Gaza,selepas bilangan syuhada mencecah 1100 orang yang sebahagian besarnya kanak-kanak,perempuan dan orang-orang tua,dan telah menjadi bilangan yang cedera melebihi 6500 orang 6000 mereka memerlukan rawatan di luar Gaza.

sedang Mesir tidak membuka pintu sempadan Rafah melainkan untuk satu hari sahaja walaupun media melaporkan bahawa Mesir membuka pintu Rafah,selepas Mesir menghalang kemasukan ubat ubatan,bantuan dan rombongan yang ingin membantu Gaza.

selepas AlQassam membunuh lebih 100 orang tentera Yahudi di perbatasan Gaza dan mencederakan lebih 500 orang tentera mereka,selepas AlQassam melepaskan lebih 120 peluru roket ke atas Israel yang mengenakan bandar Haifa dan Tel Aviv,bersegeralah negara-negara pengkhianat ini menekan Hamas supaya menerima proses bertenang menghentikan serangan agar menampakkan kemenangan Israel ke atas Hamas...
tetapi Hamas menolak segala desakan dan tekanan terus mempertahankan bumi Gaza dengan menghantar peluru-peluru roketnya ke atas Israel.

Maka keluarlah rakyat Israel berdemontrasi kelmarin di Tel Aviv bagi menuntut kerajaan Israel menghentikan peperangan.Ya,sudah diandaikan bahawa bangsa Yahudi sememangnya tidak mampu bertahan selama tempoh ini-hampir 20 hari peperangan berlaku- dan Hamas juga mengetahui bahawa Israel tidak mampu untuk meneruskan peperangan melebihi tempoh ini.

Oleh itu Israel telah mengumumkan hari Sabtu kelmarin genjatan senjata dalam tempoh 12 jam sebagai percubaan mewujudkan penyelesaian dengan Hamas.Tetapi Hamas menolak dan meneruskan menghantar peluru roket malam kelmarin menyebabkan 3 tentera Israel terbunuh.

Amerika dan sekutu-sekutunya telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membuka kepongan ke atas Gaza juga Majlis Keamanan Israel berbincang tentang agenda membuka kepongan Gaza dan menghentikan peperangan petang kelmarin.
Akan tetapi semuanya ini bagi AlQasam,Hamas dan rakyat Gaza mereka terus beristiqamah untuk merealisasikan suatu kemenangan..dan kemenangan itu hampir InsyaAllah.

Mereka berAidilfitri dengan wangian darah.Rumah-rumah runtuh masih dihuni mayat.Perempuan mereka memakai pakaian hitam.Berpagi pagi kanak- kanak mereka bertanya di mana ayah dan ibu.Bayangkan bagaimana mereka boleh bertakbir raya sedang hospital,masjid,sekolah dan rumah telah hancur.

Saya menyeru rakyat Malaysia seluruhnya agar menyambut Aidilfitri ini dengan pakaian taqwa dan syukur atas nikmat Allah berikan dan dalam masa yang sama kita mengingati penderitaan saudara kita di Palestin hasil tangan Yahudi dan sekutunya daripada para munafiqin umat Islam sendiri.

Sumber : aman palestin

Derma Gaza


JIHAD (HARTA)

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Penting !!Hubungi/Email/Wassap Slip Bank/Bukti Transfer Kepada Wakil Setiap Negeri Untuk Pengelasan Dana .Juga Butiran Seperti Nama Alamat Dan Nombor IC Untuk Tujuan Pengeluaran Resit Pelepasan Cukai LHDN

Rahsia Utama Qassam


Apakah rahsia utama mereka?

Rahsia utama kepada kekuatan dan kehebatan al Qassam adalah kerana mereka mengutamakan pembinaan iman dan hubungan dengan Allah swt serta menjauhi maksiat dalam apa jua keadaan.

Musnahnya Kenderaan tentera Zionis


Kenderaan tentera Zionis ini yang berfungsi untuk memusnahkan terowong-terowong di Ghaza telah berjaya dimusnahkan oleh Briged al Qassam. Terowong merupakan strategi yg paling ampuh untuk mengalahkan musuh. Strategi ini pernah dilakukan oleh Vietnam semasa melawan Amerika sehingga Amerika dimalukan. Terowong juga telah digunakan oleh komunis di Malaysia semasa era insurgensi.

Keadaan Semakin Meruncing

(Omar Seyam, kanan sekali di dalam gambar, merupakan CEO Aman Palestin Gaza. Beliau bersama 5 orang staff sepenuh masa di Gaza telah mula melaksanakan projek bantuan kecemasan sejak permulaan perang.)

Perbualan telefon di antara Ustaz Anas Abdul Wahab, Pengurus Jabatan Media Aman Palestin merangkap Ketua Misi Kemanusiaan Gaza Aman Palestin pada kali ini dengan Omar Seyam, CEO Aman Palestin semalam:

Keadaan di Gaza semakin meruncing. Makanan hanya boleh bertahan seminggu lagi. Ubat-ubatan semakin habis di stor simpanan. Bekalan eletrik terputus sama sekali. Kemungkinan akan tiada hubungan komunikasi melalui telefon bimbit selepas ini kecuali telefon rumah. Bantuan luar tiada kecuali makanan yang dibawa masuk melalui sempadan Israel, Karem Abu Shalom dalam kuantiti yang terlalu sedikit hanya sekadar mengaburi mata dunia bahawa tiada kebuluran di Gaza. Tetapi selepas ini akan mula ada kematian disebabkan kebuluran dan ketiadaan bekalan makanan di Gaza.

Omar Seyam meminta semua pihak untuk memberikan tumpuan kepada propaganda dan tekanan daripada melihat siapa yang akan berjaya memasukkan bantuan ke dalam Gaza. Kerana sehingga kini bantuan melalui darat agak mustahil dan tiada bantuan yang berjaya masuk ke dalam Gaza. Bantuan ubat-ubatan bernilai USD 2 juta ke Gaza kini dilaporkan masih tersangkut dan tersadai di El Arish, Mesir.

Manakala kegiatan Aman Palestin di dalam Gaza agak terhad disebabkan serangan Zionis yang berterusan. Tiada apa yang dijamin akan selamat. Setiap inci bumi Gaza terdedah kepada serangan Israel bila-bila masa sahaja. Maklumat berkenaan anak-anak yatim yang ditaja di bawah Aman Palestin tidak dapat dikemaskini di dalam situasi kritikal ini, begitu juga dengan keluarga-keluarga miskin yang mendapat tajaan di bawah Aman Palestin.

Wednesday 30 July 2014

Cerita Ringkas dari Gaza



Askar Israel yang tercedera dan sedang mendapatkan rawatan, apabila ditanya berkata, "Di Gaza, kami berlawan dengan lelaki yang tingginya 3 meter, dan apabila ditembak tak mati."

Tuesday 29 July 2014

Bukti video


bukti video serangan hendap dan rampasan senjata 

Terkini Dari Hamas




Terkini |

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman"

Penjelasan Ketenteraan dari Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qasam

Peperangan 'Dedaun Hancur Dimakan Ulat'

Briged Al-Qassam melaksanakan Operasi "Berselindung di Belakang Barisan Musuh" di timur As-Syuja'iyyah dan berjaya membunuh 10 orang tentera penjajah Israel.
Inilah dia As-Syuja'iyyah! Bangkit di sebalik timbunan bangunan dan diantara serpihan rumah-rumah yang musnah dan serpihan yang terpecah-pecah, untuk melakar wira-wiranya yang berani, satu ketumbukan baru daripada ketumbukan-ketumbukan yang mulia, yang merupakan perwira dan kebanggaan mereka. Juga untuk memberi tamparan hebat kepada Netanyahu yang gagal dan lembik, dan akan disasarkan kepadanya pukulan maut menggunakan terowong-terowong yang dia telah menipu rakyatnya bahawa terowong-terowong tersebut telah musnah. Maka bertiuplah pejuang-pejuang kami yang berani untuk memberitahu kepada pimpinan dan tentera penjajah Israel bahawa serangan dan pembunuhan mereka ke atas kana-kanak dan rakyat Palestin, pemusnahan rumah-rumah di depan mata pemilik rumah tersebut, kami akan tambah kekerasan keazaman kami untuk menyerang mereka di medan pertempuran dan kami akan memberi pengajaran yang akan menyebabkan kekalahan menaungi mereka. Dan di waktu musuh suka membunuh rakyat-rakyat Palestin kerana takut berhadapan dengan tentera-tentera kami di medan perang, kami tidak akan menyerah kecuali kami akan menghentam barisan ketenteraan dan pasukan elit mereka yang kalah teruk itu.

Secara terperincinya, kami telah menyusun formasi pertempuran dengan kekuatan pasukat elit Al-Qassam seramai 9 orang untuk melaksanakan Operasi "Berselindung di Belakang Barisan Musuh" pada jam 18.45 tepat pada petang hari Isnin, awal Syawal 1435 H bersamaan 28/7/2014 dan menyerang menara tentera yang dilindungi tembok besaryang terdapat di dalamnya bilangan tentera penjajah yang ramai sejurus selepas ketumbukan 'Nahil Auz', dan mereka berjaya menyelesaikan kesemua tentera yang ada di dalamnya. Mereka juga cube untuk menawan salah seorang tentera penjajah Israel tetapi keadaan medan pertempuran tidak membenarkan. Dan pejuang-pejuang kami telah menetapkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 10 tentera penjajah dan mencederakan yang lainnya. Mereka juga berjaya merampas sebuah senjata jenis Tavor dan ianya adalah milik seorang tentera penjajah Israel yang bernombor siri 438522900X95, dan pejuang-pejuang kami telah berjaya kembali dengan rahmat Allah.

Sesungguhnya Briged Al-Qassam hari ini telah mengumumkan tentang pertanggungjawabannya dalam operasi perwira yang berani ini, yang merupakan balasan kepada musuh terhadap pembunuhan mereka yang akhirnya hari ini mereka membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah. Ianya adalah untuk memberitahu penjajah bahawa Briged Al-Qassam dan selepas 22 hari peperangan 'Dedaun Hancur Dimakan Ulat' tidak akan berkurang kekuatannya dan kehebatannya dengan kurniaan Allah. Dan sekiranya bukan begitu, maka cukuplah dengan serangan yang mereka telah beri, sesungguhnya pejuang-pejuang kami tidak akan mundur untuk mengambil alih semula tanah ini dari pimpinan dan tentera elit mereka yang telah kalah hanya kerana jumlah mereka yang banyak.

Ini adalah janji kami kepada anak-anak rakyat kami, dan untuk darah-darah syuhada kami yang telah mengalir bahawa tidak akan ada lagi pertumpahan darah yang suci dan Gaza akan kekal menentang penjajah yang telah melanggar syarat-syaratnya, Gaza akan memecahbelahkan keamanan mereka dan luka mereka akan menebal. Dan rakyat kami akan memimpin apabila mendapat kemenangan yang hebat dan membebaskan tanah ini. Sesungguhnya ianya adalah kemenangan atau mati syahid.

-Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam-
Palestin, Isnin, Syawal 1435 H bersamaan 28/7/2014 M

Hamas Posisi meyerang pula


Tajuk Akhbar Ibrani 2014/7/29 : 
"Hamas berpindah dari fasa bertahan kepada fasa menyerang.."

Web Israel "Yediot Ahronot" menyebut 

"Pergerakan Islam Hamas telah berpindah fasa dalam hari-hari terkini peperangan dengan melakukan serangan, terutamanya melalui terowong untuk menyerang lokasi tentera IDF berada."

"Ia adalah sukar di peringkat politik untuk membuat keputusan ketika ini, sama ada meneruskan operasi memasuki Semenanjung Gaza atau keluar menguundurkan diri"

"apa yang berlaku semalam di Khuza'a dan Nahal Oz sebagai hari yang sukar buat tentera Israel, di mana Hamas telah berjaya membunuh sebanyak 10 orang tentera Israel.."

Sumber;
QudsN 

Pengakuan takut oleh rakyat Israel

Beberapa Komen Rakyat Israel di laman twitter setelah melihat video operasi serang hendap Hamas ke atas sebuah kem tentera di Nahal Oz di Timur Hayyu Syujaiyyah;


1) "'Steve Austin' Palestin.."
2) "Aku tak kan pergi tidur malam ini, Hamas membuktikan bahawa tiada tuhan.."
3) "Filem Hamas, oh tuhan, aku tak akan tidur malam ni.."
4) "Berhentilah Hamas.. bukan hari ni.. oh sakit kepalaku.."
5) "Aku dah tengok video Hamas serang kem Nahal Oz banyak kali.. aku tak boleh cakap apa-apa.. tak terkata.."
6) "Video adalah jawapan hamas buat para pengkritik... pengeboman terhadap orang awam di Gaza harus diberhentikan. Kecelakaan memang betul-betul terjadi. Mereka tidak mencari orang awam, mereka hanya memburu tentera."

Sumber;
SofaN 

Pengeboman Israel sekolah UNWRA.


Gambar rakyat Gaza yan terbunuh dalam pengeboman terbaru pesawat perang Israel ke atas sebuah sekolah UNWRA.






Anggaran Kerugian Israel


Saat kehancuran Zionis semakin tiba.

Jangan kita sangka kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian di pihak penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza.

Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu:

1-USD 50 juta : Kerugian pembatalan penerbangan
2-USD 200 juta : Keugian pasaran perniagaan
3-USD 100 juta : Kerugian industri perhotelan
4-USD 120 juta : Kerugian industri pelancongan
5-USD 640 juta : Kos operasi udara
6-USD 75 juta : Kerugian cukai yang hilang
7-USD 351 juta : Kerugian kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan)
8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian
9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome)
10-USD 472 juta : Kos operasi darat.

Ini hanyalah daripada kerugian dalam bentuk wang ringgit dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'.

Monday 28 July 2014

Cuba Anda Buat Di Komputer Sendiri


1. notepad Buka.

2. Taip "Q33NY" .

3. Tukar saiz fon 72.

4 Tukar fon untuk "Winggdings".

5. Apakah gambar tersebut ?



inilah hasil Q33NY

Wednesday 23 July 2014

Tips Jaga Labtop Anda


Terlalu panas boleh menyebabkan laptop menunjukkan tingkah laku yang  menyebabkan beberapa alat dalaman tidak stabil.

Ikut cara berikut untuk mengelakkan :

1. Mampat udara : Walaupun dengan komputer riba dalam keadaan berdebu maka terdapat habuk yang beredar dan menyebabkan penyejukan ruang udara tidak berfungsi. Ini menyebabkan kipas perlu lebih keras bekerja supaya tidak akan hilang sebagai kecekapan.

Oleh itu kipas berfungsi pada suhu yang terlalu tinggi. Untuk mengelakkan keadaan ini membeli satu kipas tambahan dari kedai komputer berhampiran dan kos anda hanya beberapa puluh ringgit sahaja daripada anda menghabiskan beratus ringgit apabila rosak.

2. Tetapan Kuasa : Apabila kita menggunakan komputer riba yang mempunyai  pengecas maka kita tukar kepada mod sebagai "Prestasi Tinggi". Tetapan ini akan menggunakan kuasa yang tinggi dan akan menyebabkan komputer riba akan cepat dan terlalu panas.

Cara mudah untuk masalah ini adalah untuk menetapkan komputer riba dalam mod penjimat..supaya ia dapat seimbangkan kuasa. Ini akan memastikan bahawa komputer riba anda menggunakan hanya jumlah yang kuasa yang diperlukan olehnya.

Apabila komputer riba digunakan untuk Game maka anda perlu tetapkan atau tukar mod komputer riba anda untuk "Prestasi Tinggi".

3. Permukaan: ketika kita menggunakan laptop maka agak selesa apabila kita letakkan pada bantal atau selimut. sebenarnya permukaan ini menutup ruang komputer riba anda yang menyebabkan ia terlalu panas. Sifat lembut permukaan akan menghalang haba untuk keluar dengan bebas dan dengan itu akan berpusing udara panas di dalam labtop anda.

Permukaan terbaik ialah anda perlu menyimpan komputer riba ditempat yang rata seperti meja. Jika anda hendak simpan di suatu permukaan lembut maka anda perlu meletakkan dibawah permukaan beberapa buku berkulit keras. Ini akan membolehkan aliran udara yang betul dan haba untuk keluar dari sistem dengan betul.

4. Menjanakan Off Laptop anda: Apabila anda melihat bahawa anda mungkin tidak menggunakan laptop maka anda mesti mematikannya bukannya terbiar hidup dengan mood standby. saya tidak mencadangkan kepada anda "hibernate" kerana pilihan ini akan memberi kesan kepada RAM atau memori.


5. Cooling Pad: Gunakan sedikit wang untuk komputer riba , maka anda boleh mempertimbangkan untuk membeli pad penyejuk untuk komputer riba.anda boleh mendapatkan satu pelapik penyejuk untuk komputer riba dan saya percaya ia bernilai setiap sen yang anda belanjakan.

Tips Meningkatkan Prestasi Komputer.


Langkah 2: Buang fail yang tidak diperlukan
Setiap kali anda membuka Internet atau menggunakan komputer anda, fail-fail sementara akan dihasilkan dan dicipta. Biasanya hanya sekali sahaj; Walau bagaimanapun, ia tidak akan hilang dengan sendiri. Sebaliknya, ia akan terkumpul dari masa ke masa sehingga sistem fail komputer dan memberi kesan kepada prestasinya.


Anda boleh juga membuang fail-fail satu demi satu, tetapi lebih mudah dan lebih cepat menggunakan alat pembersihan PC yang direka untuk tujuan pembersihan. Cuba lakukan pembersihan dengan memberi ruang beberapa minit dalam setiap minggu untuk mengekalkan prestasi komputer.

Tips Meningkatkan Prestasi Komputer.



Tips mempercepatkan PC

Beberapa perkara amat mengecewakan apabila berurusan dengan komputer yang perlahan. Apabila komputer baru,mestilah ia berfungsi hebat juga. Dari masa ke masa, prestasinya mula perlahan dan semakin menjadi lebih teruk. Ini berlaku kerana perkara-perkara seperti spyware, adware dan ancaman software komputer lain yang secara tidak sengaja dimuat turun bersama-sama dengan kandungan lain semasa dalam talian.

Anda tidak perlu muat turun ribuan MP3, filem atau barang-barang lain jika tidak mahu untuk mengalami masalah ini, tiada siapa yang kebal dari ancaman tersebut. Sebaliknya menerima keadaan ini, terdapat beberapa teknik dan strategi yang boleh digunakan untuk menjadikannya lebih baik.

beberapa cara yang terbaik seperti berikut :

Langkah 1: Bersihkan Komputer di Windows Registry
Punca terbesar menjadi perlahan dan prestasi PC lembap adalah kesilapan dan masalah dalam Windows Registry itu. Terdapat Adware, spyware dan ancaman lain yang biasanya mensasarkan , merosakkan atau misplacing fail penting di dalam Windows Registry.


Untuk pembersihan Windows Registry setiap hari harus dilakukan dan diberikan serta dijadikan keutamaan kepada PC. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh dilakukan secara manual - kerana terdapat banyak peluang untuk melakukan kesilapan-kesilapan utama yang amat serius sehingga boleh merosakkan sistem operasi PC anda. Sebaliknya, membeli program yang berkualiti tinggi untuk menjalankan program pembersihan dan mengkonfigurasi ia berjalan sekali sehari - tentu anda tidak akan percaya perbezaan selepas anda lakukan pembersihan.

Friday 18 July 2014

Borang KSSR untuk semua matapelajaran


Disini saya kongsikan bersama anda borang yang diisi secara offline untuk semua matapelajaran yang bermula tahun 1,2.3 dan 4.  
Templet atau Borang KSSR yang di isi secara offline... jadi saya kongsikan bersama untuk anda. Untuk tahun 1, 2 dan 3 disebut sebagai modul offline. manakala tahun 4 dan 5 disebut sebagai Templet.
Klik di sini untuk download atau ke laman berikut jika ada masalah untuk downlod .....klik link seterusnya

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5 (untuk 2015)




Saturday 5 July 2014

Anda Ingin Mencari Duit Tanpa Modal



adakah anda terfikir cara membuat duit secara online tanpa modal?
Semestinya anda akan kata, semua benda kena ada modal..
Dengan dunia Internet anda boleh menjana duit tanpa modal.
 Anda hanya perlukan talian internet..caranya??


 anda akan diberikan dengan 1 klik bersamaan RM0.20-RM0.40
Jika dapat 50 unik klik ia boleh capai RM10.00
tengok dan daftarlah sendiri

Friday 4 July 2014

Thursday 3 July 2014

EBook Tafsir Ibnu kathir


Dapat Terjemahan tafsir Ibnu Kasir dalam bentuk pdf. anda dapat membaca dalam komputer dan juga dalam telefon pintar. Gunakan masa terluang anda untuk membaca buku rujukan agama.


semoga bermanfaat untuk anda.

TBBKT Modul Panduan Guru


Modul Panduan Guru Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga






Klik disini untuk download







*akan dikemaskini dari semasa ke semasa