sponsor

Wednesday, 1 January 2014

Surat Kebenaran Wakil Kemaskini Akaun ASB


Download @ terus klik ke ASB
KEPADA PEMEGANG UNIT YANG DIHORMATI
Adalah dimaklumkan bahawa ASNB bertanggungjawab sepenuhnya melindungi dan
menjaga kerahsiaan maklumat semua pemegang unit selaras dengan
penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Sehubungan itu, berkuatkuasa pada 05 Julai 2013, semua pemegang unit yang ingin
mengemaskini buku pelaburan mereka perlu hadir sendiri ke kaunter bagi
melaksanakan urusniaga tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang unit ingin membenarkan pihak ketiga
untuk mengemaskini buku pelaburan mereka, pemegang unit perlu mematuhi perkara
berikut:
Melengkapkan Borang Kebenaran Wakil yang boleh didapati di kaunter-kaunter
Cawangan ASNB atau dimuat turun melalui www.asnb.com.my
Wakil yang dilantik adalah dikehendaki membawa Borang Kebenaran Wakil
beserta buku pelaburan pemegang unit ke cawangan-cawangan ASNB atau
cawangan-cawangan ejen ASNB semasa membuat pengemaskinian buku
pelaburan.
Terima kasih
Amanah Saham Nasional Berhad

0 comments:

Post a Comment