sponsor

Friday, 8 August 2014

Awas Jenayah Penipuan Kad Kredit

kad-kredit

Ia melibatkan isu tentang pemalsuan, kecurian kad kredit, menyalahgunakan harta dengan curang, pecah amanah jenayah dan persubahatan.

Isu ini dibangkitkan akibat terdapat kes-kes penyelewengan penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa. Isu dalam kes ini, kegiatan mencuri data kad kredit semakin berleluasa dalam transaksi seperti dalam urusan tempahan syarikat penerbangan, penginapan hotel, pakej pelancongan dan pembelian komputer serta peralatan elektrik dan bermacam bentuk transaksi berkaitan dengan kad kredit.

Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit ini telah dibekalkan kepada juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih serta kecil untuk meleretkan kad kredit mangsa.Kemudian, data tersebut dihantar kepada sindiket dengan cara seperti email dan sms untuk mengklonkan kad kredit atau membuat tempahan online. Ini menunjukkan jenayah curi telah dilakukan oleh pihak yang mengambil data rahsia berkaitan dengan kad kredit itu tanpa keizinan pemilik kad kredit.

Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan oleh penjenayah. Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah kegunaan sendiri.

Hal ini juga melibatkan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV (tiga digit pengesahan kad). KIta harus berwaspada dengan juruwang dari mencatatkan nama, tarikh tamat tempoh kad kredit termasuk catatan tambahan nombor CVV.

Selain itu , terdapat elemen pemalsuan wujud dalam kes ini. Jenayah pemalsuan menggunakan komputer biasanya melibatkan penggunaan kata laluan. Dalam kes ini, jenayah pemalsuan dilakuan oleh sindiket kad kredit menggunakan kata laluan orang lain tanpa keizinan tuan punya.

0 comments:

Post a Comment