sponsor

Thursday 31 July 2014

Keadaan Semakin Meruncing

(Omar Seyam, kanan sekali di dalam gambar, merupakan CEO Aman Palestin Gaza. Beliau bersama 5 orang staff sepenuh masa di Gaza telah mula melaksanakan projek bantuan kecemasan sejak permulaan perang.)

Perbualan telefon di antara Ustaz Anas Abdul Wahab, Pengurus Jabatan Media Aman Palestin merangkap Ketua Misi Kemanusiaan Gaza Aman Palestin pada kali ini dengan Omar Seyam, CEO Aman Palestin semalam:

Keadaan di Gaza semakin meruncing. Makanan hanya boleh bertahan seminggu lagi. Ubat-ubatan semakin habis di stor simpanan. Bekalan eletrik terputus sama sekali. Kemungkinan akan tiada hubungan komunikasi melalui telefon bimbit selepas ini kecuali telefon rumah. Bantuan luar tiada kecuali makanan yang dibawa masuk melalui sempadan Israel, Karem Abu Shalom dalam kuantiti yang terlalu sedikit hanya sekadar mengaburi mata dunia bahawa tiada kebuluran di Gaza. Tetapi selepas ini akan mula ada kematian disebabkan kebuluran dan ketiadaan bekalan makanan di Gaza.

Omar Seyam meminta semua pihak untuk memberikan tumpuan kepada propaganda dan tekanan daripada melihat siapa yang akan berjaya memasukkan bantuan ke dalam Gaza. Kerana sehingga kini bantuan melalui darat agak mustahil dan tiada bantuan yang berjaya masuk ke dalam Gaza. Bantuan ubat-ubatan bernilai USD 2 juta ke Gaza kini dilaporkan masih tersangkut dan tersadai di El Arish, Mesir.

Manakala kegiatan Aman Palestin di dalam Gaza agak terhad disebabkan serangan Zionis yang berterusan. Tiada apa yang dijamin akan selamat. Setiap inci bumi Gaza terdedah kepada serangan Israel bila-bila masa sahaja. Maklumat berkenaan anak-anak yatim yang ditaja di bawah Aman Palestin tidak dapat dikemaskini di dalam situasi kritikal ini, begitu juga dengan keluarga-keluarga miskin yang mendapat tajaan di bawah Aman Palestin.

0 comments:

Post a Comment