sponsor

Tuesday, 29 July 2014

Terkini Dari Hamas




Terkini |

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman"

Penjelasan Ketenteraan dari Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qasam

Peperangan 'Dedaun Hancur Dimakan Ulat'

Briged Al-Qassam melaksanakan Operasi "Berselindung di Belakang Barisan Musuh" di timur As-Syuja'iyyah dan berjaya membunuh 10 orang tentera penjajah Israel.
Inilah dia As-Syuja'iyyah! Bangkit di sebalik timbunan bangunan dan diantara serpihan rumah-rumah yang musnah dan serpihan yang terpecah-pecah, untuk melakar wira-wiranya yang berani, satu ketumbukan baru daripada ketumbukan-ketumbukan yang mulia, yang merupakan perwira dan kebanggaan mereka. Juga untuk memberi tamparan hebat kepada Netanyahu yang gagal dan lembik, dan akan disasarkan kepadanya pukulan maut menggunakan terowong-terowong yang dia telah menipu rakyatnya bahawa terowong-terowong tersebut telah musnah. Maka bertiuplah pejuang-pejuang kami yang berani untuk memberitahu kepada pimpinan dan tentera penjajah Israel bahawa serangan dan pembunuhan mereka ke atas kana-kanak dan rakyat Palestin, pemusnahan rumah-rumah di depan mata pemilik rumah tersebut, kami akan tambah kekerasan keazaman kami untuk menyerang mereka di medan pertempuran dan kami akan memberi pengajaran yang akan menyebabkan kekalahan menaungi mereka. Dan di waktu musuh suka membunuh rakyat-rakyat Palestin kerana takut berhadapan dengan tentera-tentera kami di medan perang, kami tidak akan menyerah kecuali kami akan menghentam barisan ketenteraan dan pasukan elit mereka yang kalah teruk itu.

Secara terperincinya, kami telah menyusun formasi pertempuran dengan kekuatan pasukat elit Al-Qassam seramai 9 orang untuk melaksanakan Operasi "Berselindung di Belakang Barisan Musuh" pada jam 18.45 tepat pada petang hari Isnin, awal Syawal 1435 H bersamaan 28/7/2014 dan menyerang menara tentera yang dilindungi tembok besaryang terdapat di dalamnya bilangan tentera penjajah yang ramai sejurus selepas ketumbukan 'Nahil Auz', dan mereka berjaya menyelesaikan kesemua tentera yang ada di dalamnya. Mereka juga cube untuk menawan salah seorang tentera penjajah Israel tetapi keadaan medan pertempuran tidak membenarkan. Dan pejuang-pejuang kami telah menetapkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 10 tentera penjajah dan mencederakan yang lainnya. Mereka juga berjaya merampas sebuah senjata jenis Tavor dan ianya adalah milik seorang tentera penjajah Israel yang bernombor siri 438522900X95, dan pejuang-pejuang kami telah berjaya kembali dengan rahmat Allah.

Sesungguhnya Briged Al-Qassam hari ini telah mengumumkan tentang pertanggungjawabannya dalam operasi perwira yang berani ini, yang merupakan balasan kepada musuh terhadap pembunuhan mereka yang akhirnya hari ini mereka membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah. Ianya adalah untuk memberitahu penjajah bahawa Briged Al-Qassam dan selepas 22 hari peperangan 'Dedaun Hancur Dimakan Ulat' tidak akan berkurang kekuatannya dan kehebatannya dengan kurniaan Allah. Dan sekiranya bukan begitu, maka cukuplah dengan serangan yang mereka telah beri, sesungguhnya pejuang-pejuang kami tidak akan mundur untuk mengambil alih semula tanah ini dari pimpinan dan tentera elit mereka yang telah kalah hanya kerana jumlah mereka yang banyak.

Ini adalah janji kami kepada anak-anak rakyat kami, dan untuk darah-darah syuhada kami yang telah mengalir bahawa tidak akan ada lagi pertumpahan darah yang suci dan Gaza akan kekal menentang penjajah yang telah melanggar syarat-syaratnya, Gaza akan memecahbelahkan keamanan mereka dan luka mereka akan menebal. Dan rakyat kami akan memimpin apabila mendapat kemenangan yang hebat dan membebaskan tanah ini. Sesungguhnya ianya adalah kemenangan atau mati syahid.

-Briged As-Syahid Izzuddin Al-Qassam-
Palestin, Isnin, Syawal 1435 H bersamaan 28/7/2014 M

0 comments:

Post a Comment