sponsor

Tuesday 2 July 2013

Awas Penipuan Yang Sedang Berlaku

Sindiket Penipuan Parcel (Bungkusan)

a) Sindiket berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, e-mail, chat dalam tempoh satu hingga empat bulan.

Setelah persahabatan terjalin, sindiket kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa bungkusan (parcel) telah dihantar kepadanya sebagai barangan hadiah yang mengandungi barang perhiasaan, wang, emas dan sebagainya yang disusuli dengan kiriman resit penghantaran melalui e-mail kepada mangsa.



b) Walau bagaimanapun mangsa akan dimaklumkan oleh sindiket bahawa bungkusan (parcel) tersebut telah ditahan oleh KASTAM Malaysia yang perlu dijelaskan beberapa bayaran (fee) oleh mangsa kepada pihak kastam dan syarikat fowarding agent dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang akan diberikan oleh sindiket bagi tujuan menuntut bungkusan tersebut.



Mangsa yang terpedaya hanya sedar tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut.

Nasihat daripada Polis:
Elakkan menjadi mangsa kepada penipuan siber ini. Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet. Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini.

Semua peminat sila "share" maklumat ini dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment