sponsor

Monday, 2 December 2013

Di Wad Yang Berbeza-beza


kami mempunyai Anak yang berumur 4 tahun dengan beberapa masalah kesihatan yang agak serius , jadi kami adalah tetamu tetap di hospital kanak-kanak tempatan. Dua minggu lalu, anak kami berada di sana selama beberapa hari untuk menjalani pembedahan.

Lawatan saya ke hospital selalu meninggalkan saya rasa kesan yang positif dalam diri saya. Mengapa ? Kerana " Di wad yang lain pasti sakit yang berbeza-beza."

Apabila  saya berjalan di koridor hospital, saya akan melalui pintu yang membawa kepada banyak tempat yang berbeza. Saya berjalan dan melalui kawasan di mana pakar bedah membina semula muka kanak-kanak . Saya melalui pintu wad pakar-pakar merawat kanak-kanak yang telah buruk terbakar. Saya melalui pintu jabatan di mana kanak-kanak dengan kanser menghabiskan masa mereka berjuang melawan penyakit.

Kadang-kadang, saya berjalan melalui wad , ketika lalu di dalam bilik kanak-kanak mati. Saya melihat terdapat kanak-kanak yang tidak sedarkan diri dengan menggunakan tiub dan mesin. Saya melihat keluarga tersebut, merenung dan menunjukkan perasaan simpati, bersedih untuk apa yang akan dating.
Di tingkat empat , saya melalui tempat yang digelar " kubur bawah tanah " di mana ibu bapa dengan anak-anak di ICU dengan menonton anak mereka dan dari malam bergerak ke minggu dan be bulan , dengan harapan demi harapan akan mendapat berita baik tentang anak.

Saya terus berjalan di satu malam dan saya berjalan sampai ke bilik menunggu. terdapat  satu keluarga yang ada dan doktor mereka keluar dari bilik pembedahan. Doktor memberitahu mereka tentang kecederaan pesakit .... disebabkan letupan senapang patah , .... sehigga kerosakan yang teruk  di muka.... memberik kesan sepanjang hayat kecacatan ... Saya terduduk apabila mendengar perkara tersebut. Saya memandangkan ke pintu dan saya berfikir keluarga ini akan menghadapi pada tahun-tahun mendatang kecederaan yang menimpa anaknya.

Saya berdiri dan berjalan kembali ke wad anak saya. Di wad itu , anak saya perlahan-lahan pulih daripada pembedahan dan saya bersyukur kepada Allah.

Oleh kerana terdapat berpuluh-puluh atau berates-ratus pintu lain di tempat ini terutama kawasan yang lebih besar lagi. Namun Allah bagi kita kemudahan dalam sakit dan apabila susah dan sakit dimanakah pintu kita nanti?.


Selalulah anda berdoa untuk kekuatan untuk hadapi kesusahan, pastikan mengucapkan Alhamdulillah kepada Allah Ta'ala untuk pintu yang Allah telah melepaskan kamu.

0 comments:

Post a Comment