sponsor

Thursday, 31 July 2014

Rahsia Si Raja Pembuka Konstantinopal...



Kenapa al Fateh dikatakan sebaik-baik raja?

Ketika solat Jumaat didirikan buat pertama kalinya di Kota Konstantinopal, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

1-“Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi,

2-“Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi,

3-“Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh.

Dialah sendiri sebenarnya sebaik-baik raja !

Sumber : http://zainurrashid.com/?p=350

0 comments:

Post a Comment