sponsor

Thursday, 31 July 2014

Saat penentuan semakin tiba....


Selepas Israel gagal merealisasikan objektifnya di bumi Gaza,selepas gagal segala konspirasi yang didalangi Emeriat,Saudi,Amerika dan Mesir untuk menjatuhkan Hamas di Gaza,selepas bilangan syuhada mencecah 1100 orang yang sebahagian besarnya kanak-kanak,perempuan dan orang-orang tua,dan telah menjadi bilangan yang cedera melebihi 6500 orang 6000 mereka memerlukan rawatan di luar Gaza.

sedang Mesir tidak membuka pintu sempadan Rafah melainkan untuk satu hari sahaja walaupun media melaporkan bahawa Mesir membuka pintu Rafah,selepas Mesir menghalang kemasukan ubat ubatan,bantuan dan rombongan yang ingin membantu Gaza.

selepas AlQassam membunuh lebih 100 orang tentera Yahudi di perbatasan Gaza dan mencederakan lebih 500 orang tentera mereka,selepas AlQassam melepaskan lebih 120 peluru roket ke atas Israel yang mengenakan bandar Haifa dan Tel Aviv,bersegeralah negara-negara pengkhianat ini menekan Hamas supaya menerima proses bertenang menghentikan serangan agar menampakkan kemenangan Israel ke atas Hamas...
tetapi Hamas menolak segala desakan dan tekanan terus mempertahankan bumi Gaza dengan menghantar peluru-peluru roketnya ke atas Israel.

Maka keluarlah rakyat Israel berdemontrasi kelmarin di Tel Aviv bagi menuntut kerajaan Israel menghentikan peperangan.Ya,sudah diandaikan bahawa bangsa Yahudi sememangnya tidak mampu bertahan selama tempoh ini-hampir 20 hari peperangan berlaku- dan Hamas juga mengetahui bahawa Israel tidak mampu untuk meneruskan peperangan melebihi tempoh ini.

Oleh itu Israel telah mengumumkan hari Sabtu kelmarin genjatan senjata dalam tempoh 12 jam sebagai percubaan mewujudkan penyelesaian dengan Hamas.Tetapi Hamas menolak dan meneruskan menghantar peluru roket malam kelmarin menyebabkan 3 tentera Israel terbunuh.

Amerika dan sekutu-sekutunya telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membuka kepongan ke atas Gaza juga Majlis Keamanan Israel berbincang tentang agenda membuka kepongan Gaza dan menghentikan peperangan petang kelmarin.
Akan tetapi semuanya ini bagi AlQasam,Hamas dan rakyat Gaza mereka terus beristiqamah untuk merealisasikan suatu kemenangan..dan kemenangan itu hampir InsyaAllah.

Mereka berAidilfitri dengan wangian darah.Rumah-rumah runtuh masih dihuni mayat.Perempuan mereka memakai pakaian hitam.Berpagi pagi kanak- kanak mereka bertanya di mana ayah dan ibu.Bayangkan bagaimana mereka boleh bertakbir raya sedang hospital,masjid,sekolah dan rumah telah hancur.

Saya menyeru rakyat Malaysia seluruhnya agar menyambut Aidilfitri ini dengan pakaian taqwa dan syukur atas nikmat Allah berikan dan dalam masa yang sama kita mengingati penderitaan saudara kita di Palestin hasil tangan Yahudi dan sekutunya daripada para munafiqin umat Islam sendiri.

Sumber : aman palestin

0 comments:

Post a Comment