tidak perlu menjadi pakar kewangan untuk memulakan penyimpanan wang. cara yang boleh dilakukan ialah seperti berdiet. Anda perlu mengubah cara hidup termasuklah cara pemakanan. Terdapat pelbagai jenis diet tetapi diet yang berkesan yang menurunkan berat badan hanya dengan permakanan yang sihat dan juga senaman..
Serupa dengan di atas, untuk menabung atau menyimpan wang kita perlu ada kekuatan untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan. Tetapi untuk melakukan semua itu, anda ubah cara hidup terlebih dahulu.
Jika anda rasa ingin mencuba, terdapat 5 cara untuk penjimatan kewangan.
1) Rancang semula
Untuk menjimatkan duit dengan mengurangkan perbelanjaan.
Sebelum memulakan, lihat dan semak ke mana wang dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika sewa rumah rm500 sebulan, tidak salah anda mengurangkan jumlah dengan menyewa rumah lebih murah atau pindah ke rumah keluarga atau cuba mencari kawan untuk berkongsi bersama.
Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya anda tidak perlu menyeksa diri untuk menghentikan perbelanjaan secara drastik tetapi yang perlu buat hanyalah mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.
2) Tingkatkan pendapatan
Apa yang perlu dilakukan? Selain mengurangkan perbelanjaan, anda perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kira betapa hebatnya menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna satu hari nanti.
Untuk menambahkan pendapatan, fikir tentang pekara yang mampu memberikan pendapatan sampingan.
Jika anda tidak merancang menukar pekerjaan, anda boleh berbincang dengan majikan tentang prestasi dan sasaran yang layak untuk kenaikan pangkat atau lain-lain ganjaran.
Cara lain menambahkan pendapatan adalah dengan mencari kerja sambilan seperti menulis, menulis blog dan mungkin guru tusyen. Untuk kerja sambilan haruslah tepat dan bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran.
Anda boleh mengiklankan servis atau perkhidmatan di laman sosial secara percuma untuk menambahkan pendapatan. Gunakan laman sosial anda untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan.
3) Buat wang daripada ‘barangan terpakai’
Anda boleh menambah pendapatan dengan menjual barangan terpakai. Terdapat banyak forum, laman Facebook dan laman sesawang yang boleh anda menukar dan menjual barangan terpakai.
Duit adalah motivasi yang kuat untuk memulakan apa yang patut dimulakan. Jika ada banyak pakaian atau barangan yang tidak dapat dimuatkan ke dalam almari, cubalah menjualnya jika tidak mahu memakainya, namun pastikan ia dalam dalam keadaan yang baik dan elok. Jom jadi kreatif!
4) Dapatkan ganjaran ketika berbelanja
Anda boleh memanjakan diri sekali-sekala dengan menikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan membeli-belah. Kuncinya adalah memilih tempat perbelanjaan yang sesuai dengan pendapatan anda.
Salah satu cara mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja melalui laman web.
Kebanyakan barangan di Internet lebih murah kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai. Anda juga boleh menebus kupon untuk mendapatkan lebih diskaun di kedai web.
Cara lain untuk mendapat ganjaran berbelanja dengan mengunakan kad kredit. Ambil masa untuk mengetahui ganjaran dan diskaun yang ditawarkan terhadap kad tersebut. Dengan itu, lebih mudah medapatkan wang pulangan dan mata ganjaran setiap kali berbelanja!
5) Faedah berganda yang magik
Setelah mengubah dan menjana pendapatan, menyimpan wang di dalam tabung atau menyimpannya di bawah katil. itu bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus.
Berusahalah sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat tetapi dalam pada masa yang sama dapat mengira wang yang akan didapati dari faedah berganda.
Terdapat beberapa cara menyimpan duit dan mendapatkan imbuhan ke atasnya seperti:
1) Akaun deposit tetap – Merupakan alternatif mudah dan bebas risiko melalui dengan saham/bon. Deposit tetap ialah pelaburan untuk orang yang mahukan pelaburan yang berisiko rendah atau cara penyimpanan wang berfaedah yang lebih tinggi.
2) Tabung unit amanah – Risiko rendah apabila melabur di dana unit amanah kerana seorang pengurus dana akan dilantik untuk memastikan portfolio pelabur dipelbagaikan.
Kadangkala satu matlamat merangsang kita mendapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk satu percutian atau membeli rumah. Bagaimanapun, hanya satu peluang sebaik sahaja membuat perubahan ini, anda tidak akan kembali kepada tabiat lama.
0 comments:
Post a Comment