sponsor

Friday, 8 August 2014

Periksa Kad Kredit Anda Selepas Menggunakannya



Johan berdepan dengan penipuan kad kredit apabila dia berada sebuah restoran. Setelah selesai makan, dia minta bil dan apabila bil tiba, dia memberi kad kredit kepada pelayan untuk bayaran. Beberapa minit, pelayan kembali dengan resit kad kredit untuk ditandatangani.

Johan menandatangani resit dan menyimpan kad serta salinan resit ke dalam dompet . Namun, dia menyemak kad kredit sebelum menyimpannya dan sedar bahawa bukanlah kad kepunyaannya,walaupun bank yang sama, tapi kad yang diberikan telah tamat tempoh.

Dengan segera, dia memaklumkan masalah itu, dan pelayan itu mengambil kad tersebut dan menukarkannya dengan kad yang sebenar di kaunter pembayaran. Kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada Johan; pentingnya menyemak kad kredit setiap kali keluar dari membuat bayaran, walaupun hanya beberapa saat.

Cerita di atas adalah satu cara yang biasa digunakan untuk melakukan penipuan kad kredit. Namun, terdapat beribu-ribu kes penipuan kad kredit yang berlaku dalam pelbagai cara lain.

Sesetengah mangsa penipuan melaporkan juruwang cuba mengambil gambar kad kredit secara tersembunyi menggunakan telefon pintar, ada juga cuba untuk mengklon kad kredit mereka pada masa itu. Sebagai pengguna kad kredit dinasihatkan sentiasa berwaspada dan semak bahawa kad sentiasa berada bersama dan tiada apa-apa yang berlaku kepada kad.

Pada bulan Jun tahun tahun lepas, seorang pendandan rambut berdepan dengan hutang sebanyak RM200,000 disebabkan penipuan kad kredit. Menurut Michael Chong, Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA, beliau menerima 13 kes penipuan kad kredit tahun lepas dengan kerugian sehingga RM662,000.

Bank Negara Malaysia berusaha untuk membendung penipuan kad kredit, hampir semua kad kredit yang dikeluarkan digantikan dengan kad cip serta terminal titik jualan juga telah dinaik taraf.

Oleh itu, pengguna kad kredit digalakkan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan kad kredit dan transaksi yang dilakukan. Pengguna kad kredit dinasihatkan memupuk tabiat kad kredit yang baik bagi mengelakkan daripada penipuan.

Tabiat menjadi pengguna kad kredit yang bijak adalah:

1. Anggap kad anda seperti wang. Gunakan dengan berhemat untuk mengelakkan dari membayar jumlah faedah yang tinggi.

2. Simpan nombor kad. Jangan tulis dan kongsinya dengan sesiapa atau benarkan orang mengambil gambar kad anda.

3.Turunkan tandatangan di belakang kad dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Potong kad kredit lama anda apabila ia telah tamat tempoh.

4. Semak dan teliti apabila ia dipulangkan oleh juruwang dan pastikan yang ianya adalah milik anda dan ia tidak dimanupilasi dalam apa cara sekalipun.

5. Simpan resit supaya anda boleh menyemaknya.

6. Maklumkan kepada pengeluar kad kredit dengan segera apabila terdapat transaksi yang tidak dikenali wujud di dalam penyata anda.

7. Simpan penyata di tempat yang selamat.

8. Beritahu pengeluar kad kredit sebarang perubahan alamat.

9. Maklumkan kepada bank serta merta jika kehilangan kad.

10. Buat transaksi atas talian dengan syarikat yang sesawang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

11. Elakkan dari membalas emel, mesej atau panggilan telefon yang meminta maklumat kad kredit.

Jika anda syak telah menjadi mangsa penipuan kad kredit, perkara yang anda perlu lakukan ialah menghubungi bank (pengeluar kad kredit) untuk membatalkan kad dengan segera. Kemudian, langkah seterusnya membuat laporan polis.

Bank Negara Malaysia menetapkan dalam Fasal 13.2, Panduan Kad Kredit Bank Negara bahawa pengguna tidak perlu membayar lebih dari RM250, untuk transaksi penipuan yang dilakukan menggunakan kad mereka yang telah hilang ataupun dicuri.

Pemegang kad perlu mengemukakan bukti bahawa bukan pemilik yang melakukan penipuan dan telah memaklumkan kepada bank dengan segera tentang kad yang hilang atau dicuri secepat mungkin. Oleh itu, amat penting pemegang kad sentiasa menyemak kad tidak hilang ataupun dicuri.

0 comments:

Post a Comment