sponsor

Thursday 28 November 2013

Anda kena tahu siapa yang menggunakan wireless

Anda kena tahu siapa yang menggunakan wireless

Banyak sebab mengapa anda mahu memeriksa jika ada pihak yang tidak dibenarkan menggunakan rangkaian wayarles anda. Mungkin internet anda lebih perlahan daripada biasa atau tidak mahu sesiapa mendapat akses percuma kerana anda yang membayar bil.

Sudah tentu, terdapat juga implikasi keselamatan jika ada yang dapat mengakses fail pada rangkaian anda, dan juga implikasi undang-undang jika dia menggunakan sambungan wireless  anda untuk menjalankan aktiviti cetak rompak atau aktiviti haram yang lain.


Ramai di antara anda mungkin telah mengambil langkah-langkah asas melindungi rangkaian wayarles dan mengetahui cara menyelesaikan masalah isu-isu ini. Ini adalah panduan ringkas yang bertujuan kebanyakannya untuk pengguna baru perlukan  untuk mengetahui jika Wi-Fi mereka di guna tanpa pengetahuan pemiliknya.

1. Siapa yang menggunakan wireless anda..jadi periksa router anda... saya ingin tahu

2. Bagaimana nak tau  IP 192.168.0.1 atau 192.168.1.1...Teruskan klik

Anda tidak tahu IP router wireless sendiri?

  Tidak tahu IP 192.168.0.1 atau 192.168.1.1… Jangan risau dan bimbang.. cara yang saya akan tunjukkan ini. saya akan memandu anda untuk mengetahui IP router wireless kepunyaan anda. InsyaAllah anda mampu buat.

1.Jika anda tidak tahu ip router anda (Start> Run / cmd).

2. taip “ipconfig”.


3. IP yang anda perlu tahu ialah Default Gateway untuk router wireless anda.

Siapa yang menggunakan wireless anda?

Siapa yang menggunakan wireless anda..jadi periksa router anda..caranya ialah :

1.anda perlu lakukan buka enjin carian (search engine) samada internet explore(IE), google, Mozilla dan lain-lain lagi.

2.taip IE, google, Mozilla di pelayan bar samada menaip alamat IP - 192.168.0.1 atau 192.168.1.1 bergantung kepada router anda...jika tidak tahu IP router sendiri..jangan risau,nak tau klik di sini .

3.taip password: biasanya adalah “admin”

4. Anda dapat lihat hasil dan siapa yang menggunakan wireless



Wednesday 27 November 2013

Bagaimana anda ingin aktifkan email YES anda?

Bagaimana anda ingin aktifkan email YES anda?

Email YES disediakan oleh Pihak YTL dan diberikan kepada yang bertanggung jawab selepas pemasangan 1bestarinet  di sekolah anda. Email ini disediakan kepada guru dan juga murid sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah.

Setelah saya buat pemerhatian dan kaji selidik serta menguji cara pengaktifan email terdapat berapa cara… Melalui blog ini saya hanya akan menerangkan cara yang mudah diaktifkan kerana ada beberapa cara yang tidak dapat diaktifkan melalui Website Yes jika menggunakan internet  1bestarinet.

 Terdapat 3 cara yang ingin saya terangkan kepada anda…
1      1. Pengaktifan email melalui Google (gmail)… klik jika ingin tahu.
2      2. Pengaktifan email melalui Dashboard…klik jika ingin tahu.

3      3. Pengaktifan email website YES. * pengaktifan melalui website ini terdapat masalah melalui 1bestarinet.          Hanya Berjaya jika anda menggunakan dan mempunyai YES sendiri

Daftar Email Yes/YTL Menggunakan Dasboard

Daftar Email Yes/YTL Menggunakan Dasboard-Untuk Guru dan Pelajar SR/SM

Aktifkan Email Yes Melalui Dashboard
Langkah 1 :  Buka Website ini …klik di sini. Masuk Yes Id dan password(rujuk sekolah)


Langkah 2 : Klik Frog VLE


Langkah 3 : Semasa berada di Dashboard anda, Klik Quick Launch dan klik logo email

Langkah 4 : Selepas anda Klik logo email…Maka akan keluar paparan ini. Klik I accept, continue to my account.

Langkah 5 : Email anda terbentang dan selesai tugas anda mendaftar email


Daftar Email Yes/YTL Untuk Guru dan Pelajar SR/SM

Cara Pertama Mendaftar Email Yes Dalam Google - Daftar Email Yes/YTL Untuk Guru dan Pelajar SR/SM

Langkah 1: Sila ke laman Google … Klik di sini. #Yang Mahir Sila terus ke langkah 2.


Langkah 2: Sila masukkan username dan password..klik ke gmail… #username dan password sila rujuk sekolah.
 
Langkah 3: Biarkan beberapa saat kerana google membaca email Yes …#Mungkin kerana ia kerjasama antara Pihak Google dengan Syarikat Yes.


Langkah 4 : Masukan username dan password sekali lagi

Langkah 5: Sila Klik benar atau terima…. ( I accept, continue my account)

Langkah 6 : Email anda Berjaya diaktifkan.