sponsor

Friday 8 August 2014

Awas Jenayah Penipuan Kad Kredit

kad-kredit

Ia melibatkan isu tentang pemalsuan, kecurian kad kredit, menyalahgunakan harta dengan curang, pecah amanah jenayah dan persubahatan.

Isu ini dibangkitkan akibat terdapat kes-kes penyelewengan penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa. Isu dalam kes ini, kegiatan mencuri data kad kredit semakin berleluasa dalam transaksi seperti dalam urusan tempahan syarikat penerbangan, penginapan hotel, pakej pelancongan dan pembelian komputer serta peralatan elektrik dan bermacam bentuk transaksi berkaitan dengan kad kredit.

Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit ini telah dibekalkan kepada juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih serta kecil untuk meleretkan kad kredit mangsa.Kemudian, data tersebut dihantar kepada sindiket dengan cara seperti email dan sms untuk mengklonkan kad kredit atau membuat tempahan online. Ini menunjukkan jenayah curi telah dilakukan oleh pihak yang mengambil data rahsia berkaitan dengan kad kredit itu tanpa keizinan pemilik kad kredit.

Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan oleh penjenayah. Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah kegunaan sendiri.

Hal ini juga melibatkan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV (tiga digit pengesahan kad). KIta harus berwaspada dengan juruwang dari mencatatkan nama, tarikh tamat tempoh kad kredit termasuk catatan tambahan nombor CVV.

Selain itu , terdapat elemen pemalsuan wujud dalam kes ini. Jenayah pemalsuan menggunakan komputer biasanya melibatkan penggunaan kata laluan. Dalam kes ini, jenayah pemalsuan dilakuan oleh sindiket kad kredit menggunakan kata laluan orang lain tanpa keizinan tuan punya.

Cara Untuk Menyimpan Wang

save mmoney
tidak perlu menjadi pakar kewangan untuk memulakan penyimpanan wang. cara yang boleh dilakukan ialah seperti berdiet. Anda perlu mengubah cara hidup termasuklah cara pemakanan. Terdapat pelbagai jenis diet tetapi diet yang berkesan yang menurunkan berat badan hanya dengan permakanan yang sihat dan juga senaman..

Serupa dengan di atas, untuk menabung atau menyimpan wang kita perlu ada kekuatan untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan. Tetapi untuk melakukan semua itu, anda ubah cara hidup terlebih dahulu.

Jika anda rasa ingin mencuba, terdapat 5 cara untuk penjimatan kewangan.

1) Rancang semula
Untuk menjimatkan duit dengan mengurangkan perbelanjaan.
Sebelum memulakan, lihat dan semak ke mana wang dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika sewa rumah rm500 sebulan, tidak salah anda mengurangkan jumlah dengan menyewa rumah lebih murah atau pindah ke rumah keluarga atau cuba mencari kawan untuk berkongsi bersama.
Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya anda tidak perlu menyeksa diri untuk menghentikan perbelanjaan secara drastik tetapi yang perlu buat hanyalah mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.

2) Tingkatkan pendapatan
Apa yang perlu dilakukan? Selain mengurangkan perbelanjaan, anda perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kira betapa hebatnya menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna satu hari nanti.
Untuk menambahkan pendapatan, fikir tentang pekara yang mampu memberikan pendapatan sampingan.
Jika anda tidak merancang menukar pekerjaan, anda boleh berbincang dengan majikan tentang prestasi dan sasaran yang layak untuk kenaikan pangkat atau lain-lain ganjaran.

Cara lain menambahkan pendapatan adalah dengan mencari kerja sambilan seperti menulis, menulis blog dan mungkin guru tusyen. Untuk kerja sambilan haruslah tepat dan bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran.

Anda boleh mengiklankan servis atau perkhidmatan di laman sosial secara percuma untuk menambahkan pendapatan. Gunakan laman sosial anda untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan.

3) Buat wang daripada ‘barangan terpakai’

Anda boleh menambah pendapatan dengan menjual barangan terpakai. Terdapat banyak forum, laman Facebook dan laman sesawang yang boleh anda menukar dan menjual barangan terpakai.

Duit adalah motivasi yang kuat untuk memulakan apa yang patut dimulakan. Jika ada banyak pakaian atau barangan yang tidak dapat dimuatkan ke dalam almari, cubalah menjualnya jika tidak mahu memakainya, namun pastikan ia dalam dalam keadaan yang baik dan elok. Jom jadi kreatif!

4) Dapatkan ganjaran ketika berbelanja
Anda boleh memanjakan diri sekali-sekala dengan menikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan membeli-belah. Kuncinya adalah memilih tempat perbelanjaan yang sesuai dengan pendapatan anda.

Salah satu cara mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja melalui laman web.
Kebanyakan barangan di Internet lebih murah kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai. Anda juga boleh menebus kupon untuk mendapatkan lebih diskaun di kedai web.

Cara lain untuk mendapat ganjaran berbelanja dengan mengunakan kad kredit. Ambil masa untuk mengetahui ganjaran dan diskaun yang ditawarkan terhadap kad tersebut. Dengan itu, lebih mudah medapatkan wang pulangan dan mata ganjaran setiap kali berbelanja!

5) Faedah berganda yang magik
Setelah mengubah dan menjana pendapatan, menyimpan wang di dalam tabung atau menyimpannya di bawah katil. itu bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus.

Berusahalah sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat tetapi dalam pada masa yang sama dapat mengira wang yang akan didapati dari faedah berganda.

Terdapat beberapa cara menyimpan duit dan mendapatkan imbuhan ke atasnya seperti:

1) Akaun deposit tetap – Merupakan alternatif mudah dan bebas risiko melalui dengan saham/bon. Deposit tetap ialah pelaburan untuk orang yang mahukan pelaburan yang berisiko rendah atau cara penyimpanan wang berfaedah yang lebih tinggi.

2) Tabung unit amanah – Risiko rendah apabila melabur di dana unit amanah kerana seorang pengurus dana akan dilantik untuk memastikan portfolio pelabur dipelbagaikan.

Kadangkala satu matlamat merangsang kita mendapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk satu percutian atau membeli rumah. Bagaimanapun, hanya satu peluang sebaik sahaja membuat perubahan ini, anda tidak akan kembali kepada tabiat lama.

Periksa Kad Kredit Anda Selepas Menggunakannya



Johan berdepan dengan penipuan kad kredit apabila dia berada sebuah restoran. Setelah selesai makan, dia minta bil dan apabila bil tiba, dia memberi kad kredit kepada pelayan untuk bayaran. Beberapa minit, pelayan kembali dengan resit kad kredit untuk ditandatangani.

Johan menandatangani resit dan menyimpan kad serta salinan resit ke dalam dompet . Namun, dia menyemak kad kredit sebelum menyimpannya dan sedar bahawa bukanlah kad kepunyaannya,walaupun bank yang sama, tapi kad yang diberikan telah tamat tempoh.

Dengan segera, dia memaklumkan masalah itu, dan pelayan itu mengambil kad tersebut dan menukarkannya dengan kad yang sebenar di kaunter pembayaran. Kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada Johan; pentingnya menyemak kad kredit setiap kali keluar dari membuat bayaran, walaupun hanya beberapa saat.

Cerita di atas adalah satu cara yang biasa digunakan untuk melakukan penipuan kad kredit. Namun, terdapat beribu-ribu kes penipuan kad kredit yang berlaku dalam pelbagai cara lain.

Sesetengah mangsa penipuan melaporkan juruwang cuba mengambil gambar kad kredit secara tersembunyi menggunakan telefon pintar, ada juga cuba untuk mengklon kad kredit mereka pada masa itu. Sebagai pengguna kad kredit dinasihatkan sentiasa berwaspada dan semak bahawa kad sentiasa berada bersama dan tiada apa-apa yang berlaku kepada kad.

Pada bulan Jun tahun tahun lepas, seorang pendandan rambut berdepan dengan hutang sebanyak RM200,000 disebabkan penipuan kad kredit. Menurut Michael Chong, Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA, beliau menerima 13 kes penipuan kad kredit tahun lepas dengan kerugian sehingga RM662,000.

Bank Negara Malaysia berusaha untuk membendung penipuan kad kredit, hampir semua kad kredit yang dikeluarkan digantikan dengan kad cip serta terminal titik jualan juga telah dinaik taraf.

Oleh itu, pengguna kad kredit digalakkan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan kad kredit dan transaksi yang dilakukan. Pengguna kad kredit dinasihatkan memupuk tabiat kad kredit yang baik bagi mengelakkan daripada penipuan.

Tabiat menjadi pengguna kad kredit yang bijak adalah:

1. Anggap kad anda seperti wang. Gunakan dengan berhemat untuk mengelakkan dari membayar jumlah faedah yang tinggi.

2. Simpan nombor kad. Jangan tulis dan kongsinya dengan sesiapa atau benarkan orang mengambil gambar kad anda.

3.Turunkan tandatangan di belakang kad dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Potong kad kredit lama anda apabila ia telah tamat tempoh.

4. Semak dan teliti apabila ia dipulangkan oleh juruwang dan pastikan yang ianya adalah milik anda dan ia tidak dimanupilasi dalam apa cara sekalipun.

5. Simpan resit supaya anda boleh menyemaknya.

6. Maklumkan kepada pengeluar kad kredit dengan segera apabila terdapat transaksi yang tidak dikenali wujud di dalam penyata anda.

7. Simpan penyata di tempat yang selamat.

8. Beritahu pengeluar kad kredit sebarang perubahan alamat.

9. Maklumkan kepada bank serta merta jika kehilangan kad.

10. Buat transaksi atas talian dengan syarikat yang sesawang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

11. Elakkan dari membalas emel, mesej atau panggilan telefon yang meminta maklumat kad kredit.

Jika anda syak telah menjadi mangsa penipuan kad kredit, perkara yang anda perlu lakukan ialah menghubungi bank (pengeluar kad kredit) untuk membatalkan kad dengan segera. Kemudian, langkah seterusnya membuat laporan polis.

Bank Negara Malaysia menetapkan dalam Fasal 13.2, Panduan Kad Kredit Bank Negara bahawa pengguna tidak perlu membayar lebih dari RM250, untuk transaksi penipuan yang dilakukan menggunakan kad mereka yang telah hilang ataupun dicuri.

Pemegang kad perlu mengemukakan bukti bahawa bukan pemilik yang melakukan penipuan dan telah memaklumkan kepada bank dengan segera tentang kad yang hilang atau dicuri secepat mungkin. Oleh itu, amat penting pemegang kad sentiasa menyemak kad tidak hilang ataupun dicuri.

Thursday 7 August 2014

Tentera Israel menganggap 'pertempuran Taurat'

Tentera Israel menganggap pertempuran mereka dengan rakyat Palestin sebagai 'pertempuran Taurat'.
Beg besar yang digalas oleh 'tentera agama' di kalangan tentera Israel berisi kitab Taurat mereka.
tentera zionis 1

Perkembangan rundingan gencatan senjata.

gencatan senjata

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pusat gerakan Fatah dan ketua delegasi Palestin ke Kaherah, Azzam al-Ahmad, berkata semua yang tersebar tentang lanjutan tempoh bertenang yang disiarkan di beberapa agensi berita dan saluran media Israel hari ini, tidak berasas, bahkan seakan bermatlamat untuk mengganggu rundingan damai delegasi Palestin di Mesir.

Jawapan Al-Ahmad ini sebagai tindak balas kepada soalan dari agensi berita Palestin "Wafa" Ia tidak pernah sama sekali bersetuju dengan tempoh lanjutan 72 jam yang baru bahkan masih tetap dengan tempoh bertenang yang dipersetujui sebelum ini yang bakal tamat pada pagi Jumaat ini.

kesan kemusnahan ke atas Kolej Universiti Sains Gunaan

Gambar : Bahagian kesan kemusnahan yang ditinggalkan hasil pengeboman ke atas Kolej Universiti Sains Gunaan (UCAS Gaza) di GazaAftermath from Israeli direct bombardments on some college in Gaza.
#صور: جانب من الدمار الذي خلفه قصف الاحتلال على الكلية الجامعية للعلوم 
1234

Perhatian kepada warga Malaysia!!

media malaysia yg israel

Perhatian kepada warga Malaysia!!
Di saat negara lain sedang menentang media pro-Israel yang jelas penipu dan jahat (seperti CNN dan Fox News), kini ada media zionis di Malaysia yang cuba menyebarkan propaganda Zionis dengan mendakwa bahawa separuh bilangan warga Gaza yang dibunuh oleh Zionis itu bukanlah rakyat biasa tetapi pasukan bersenjata, sedangkan kita tahu bahawa lebih daripada 80% yang dibunuh adalah rakyat biasa, dan kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua!!
Ayuh kita bongkarkan kekejian media Zionis ini kepada pihak ramai! Jangan biarkan kejahatan zionis berleluasa sewenang-wenangnya di muka bumi ini...

23 mujahidin ‘ditelan’ terowong dan keluar dengan selamat

terowong
23 pejuang mujahidin ‘ditelan’ terowong berminggu-minggu, keluar dalam keadaan selamat

Sebaik sahaja bermulanya tempoh gencatan senjata, Gaza pula dalam keadaan memulihkan keadaan, mengimbau apa yang telah dilalui sepanjang tempoh 30 hari serangan Zionis, maka bermulalah sesi mengumpulkan kisah-kisah kepahlawanan, kesabaran dan pengorbanan yang terpancar di celah-celah kisah penderitaan.

Di antara kisah-kisah yang meniti bibir masyarakat Gaza adalah kisah yang disebarkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di laman web mereka. Ia berkenaan kisah 29 orang pejuang yang berjuang di sempadan timur Khanyounis di selatan Genting Gaza di awal-awal bermulanya fasa pertempuran darat dengan tentera Zionis kemudian terputusnya hubungan dengan mereka. Mereka terperangkap di bawah tanah untuk tempoh berminggu-minggu lamanya. Ketua mereka menyangka mereka semua telahpun syahid kesemuanya. Akan tetapi, di atas ketentuan Allah, 23 daripada mereka keluar dari terowong tersebut semalam dalam keadaan masih hidup.

Kisah mereka bermula apabila mereka terlibat di dalam pertempuran yang dahsyat di selatan Gaza, di kawasan Al-Ghawafir di timur Qararah. Apabila bermulanya pertempuran darat dengan tentera Zionis, 29 orang tentera Al-Qassam dari Skuad Elit Al-Qassam menggunakan terowong bawah tanah sebagai laluan ke medan pertempuran langsung.

Salah seorang dari mereka menceritakan apa yang berlaku dan mengimbas kembali dengan tenang seolah-olah merasai perlindungan Allah terhadap beliau dan sahabat-sahabatnya sepanjang tempoh berada di bawah tanah tersebut.

Mujahid Al-Qassam yang dirahsiakan namanya menceritakan secara terperinci kisah mereka. Katanya, semuanya berjalan seperti yang telah dirancang. "Kemasukan musuh ke kawasan Qararah diiringi letupan di laluan-laluan keluar-masuk terowong dan pengeboman kawasan Qararah oleh bom-bom yang dijatuhkan pesawat F16 Israel. Ia menyebabkan semua laluan keluar dari terowong sedalam 25 meter ke bawah tanah tersebut tertutup. Ia berlaku ketika hari kedua operasi ketenteraan darat mujahidin bermula. Perhubungan dengan bilik operasi Al-Qassam juga terputus."

Komander Operasi Medan Al-Qassam turut mengulas, “Sejak terputusnya perhubungan dengan mereka pada hari tersebut, kami telah merekodkan semua mujahidin tersebut sebagai angka tentera yang tidak dapat dikesan. Kami juga tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka disebabkan pertempuran medan yang sangat dahsyat dan banyak berlaku pertempuran langsung dengan musuh. Dalam perkiraan kami juga, dengan kadar bekalan makanan, minuman dan udara di dalam terowong tersebut adalah tidak mencukupi untuk menampung mereka bagi tempoh yang panjang tersebut dan mustahil mengikut perkiraan logik bahawa aka ada di antara mereka yang hidup."

"Akan tetapi, selepas bermulanya tempoh gencatan senjata, pasukan penyelamat dan pertahanan awam mula melakukan kerja-kerja menggali laluan ke terowong tersebut untuk mengeluarkan mujahidin yang ada di dalam, kami dikejutkan dengan laungan tahmid dan syukur bercampur kejutan. Kebesaran Allah terzahir apabila dua puluh tiga mujahidin keluar dari terowong dalam keadaan masih hidup dan sihat."

Usaha mencari 3 orang mujahidin yang masih hilang, selepas seorang dari mereka iaitu Iyad Al- Fara terkorban ketika dihantar untuk cuba membuka semula laluan masuk terowong bagi menyelamatkan sahabat-sahabatnya. Beliau hampir berjaya menyempurnakan tugas tersebut tetapi malangnya telah terkorban syahid.

Salah seorang mujahid yang selamat kembali dari dalam terowong berkata, “Allah telah memudahkan urusan kami ketika berada di dalam terowong tersebut dengan satu mata air. Kami meletakkan ceraian baju kami pada air tersebut dan minum dari kain tersebut. Kami juga membahagi-bahagikan buah tamar yang ada sesame kami sepanjang tempoh hampir satu bulan tersebut. Bahagian setiap seorang dari kami adalah setengah biji tamar dan separuh cawan kecil air."

Maklumat yang diterima, mata air di kawasan tersebut berada pada kedalaman 90 meter ke bawah dari permukaan bumi, kira-kira 65 meter ke bawah dari kedudukan terowong mereka berada. 

Seorang lagi mujahidin yang selamat keluar dari terowong menambah, "Tugas kami adalah melaksanakan operasi menyusup di belakang barisan musuh dan menggempur jentera perang serta tentera mereka dengan segala kemampuan yang ada. Dan tugas sebahagian Mujahidin dari Skuad Terowong adalah menyediakan terowong, laluan keluar-masuk serta merapikannya bagi kegunaan Skuad Elit Al-Qassam. Semua Mujahidin berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah berada pada kedudukan masing-masing sebelum bermulanya pertempuran darat."

"Apabila bermulanya pertempuran darat, kami mula bertempur dengan tentera musuh. Kami juga berjaya melaksanakan beberapa operasi bahaya. Di antaranya adalah meletupkan kereta kebal dan jentera jentolak tentera di atas ‘ground zero’. Operasi-operasi kami dilancarkan dengan pelbagai strategi dan dibahagi-bahagikan tugas di antara para mujahidin mengikut kepakaran dan strategi yang telah digariskan oleh Bilik Operasi."

Beliau turut mengimbas kembali salah satu operasi yang paling menonjol, dua orang mujahid bernama As-Syahid Al-Agha dan As-Syahid Fadi Abu ‘Audah dengan bahan letupan masing-masing, dan meletupkan bahan letupan masing-masing dalam dua operasi syahid, satu meletupkan jentolak tentera dan satu lagi kereta kebal di atas lapangan sifar. Kedua-duanya telah menyebabkan kematian dan kecederaan di pihak musuh.

Komander Operasi Medan menutup perkongsian ini dengan berkata, “Peristiwa ini telah membuktikan kepada kita rakyat Palestin dan umat Islam bahawa jika seluruh dunia telah mengabaikan rakyat Palestin dan pejuang-pejuang mujahidin kita, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dan tidak mengabaikan kita. Allah memberikan bantuan kepada kita dari sisi-Nya."

Sumber: http://www.qudsn.ps/article/46243
Terjemahan: Aman Palestin 

Friday 1 August 2014

Briged Al-Qassam berjaya menghancurkan pengangkut tentera

Perang Hari ke-26

Briged Al-Qassam berjaya membedil dan menghancurkan sebuah kenderaan pengangkut tentera di timur Hayy Tuffah menggunakan roket jenis Tandem.

[English] Al-Qassam Brigade destroyed a military carrier vehicle in East Hayy Tufah using "Tandem" rocket

Sumber/Source : وكالة شهاب

kehilangan dan tawanan seorang tentera pangkat Leftenan Israel


Sehingga kini berita tentang kehilangan dan tawanan seorang tentera pangkat Leftenan Israel Hadar Godin masih belum mendapat pengesahan daripada Laporan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam mahupun fraksi pejuang Palestin yang lain.

Bagaimanapun berita tersebut telah tersebar di sebelah media Israel dengan dakwaan telah diculik oleh pejuang Palestin.

Jika benar, ini menjadikan tentera Israel yang tertawanan di dalam tahanan Pejuang Palestin seramai 2 orang.

[English] Until now, none of the Palestinian Resistance fractions including the Al-Qassam Brigade has officially announced the capture of 2nd Lt. Hadar Goldin. However, the news is circulating fast in Israeli media agencies and If it is true, he will become the second soldier to be captured in this latest Israel's military offensive in Gaza.

Sumber/Source;
Aljazeera

Laporan Media Israel berkaitan tenteranya yang hilang

Laporan Media Israel berkaitan tenteranya yang hilang pagi tadi.

Akhbar Yedioth Ahronoth menyebut bahawa seorang tentera skuad khas Israel menceritakan pasukannya diserang hebat pada pagi Jumaat dalam jam 9:30 AM. Mereka diserang dari segenap penjuru di Timur Bandar Rafah.

Dalam cerita terperinci oleh tentera tersebut menyebut bahawa pejuang Palestin keluar daripada beberapa buah lubang dan salah seorang daripada mereka meluru lari ke arah sebuah Jeep dan meletupkan diri bersama tentera Israel yang di dalamnya, kemudian barulah menyerang kami dengan hujan peluru.

Beberapa tentera Israel mati terbunuh di tempat kejadian, dan pejuang kembali memasuki lubang terowong selepas berjaya menggempur pasukan tentera elit tersebut.

Dalam sumber yang lain TV 10 Israel menyebut; Pertempuran dahsyat terjadi antara tentera khas Israel selepas tentera Israel diserang dari belah belakang kemudian bertempur dalam jarak 0 meter.

Yang mengelirukan pasukan tentera Israel adalah pejuang Palestin keluar daripada pelbagai arah dan membuatkan askar Israel jatuh ke dalam perangkap pejuang, memberikan mereka peluang untuk menculik seorang tentera Israel berpangkat Leftenan.

Beberapa tentera yang tercedera dan mati dibawa oleh helikopter
ke Hospital Tentera Sooroka.

"kami tidak mengetahui sama ada dia masih hidup atau telah mati.."
___________________________

[English] Reports by Israeli media agencies regarding the missing soldier

Yedioth Ahronoth news portal quoted a member of Israeli special squad describing an intense attack against his troop this Friday morning in East Rafah.

He mentioned that " Fighters coming out from several tunnels and one of them ran towards a military Jeep and blow himself and the troop inside it. Afterwards, we were attacked heavily from all sides".

Several Israeli soldiers were killed and the fighters managed to retreat safely after performing the attack.

In another source, Israel's TV 10 mentioned " An intense combat took place between Israeli special squad and Palestinian fighters after they were attacked from behind the lines and then exchanged fire in short range.

The fighters manage to create disorientation to the Israeli troop, causing a soldier (ranked Lieutenant) to be captured.

Wounded and killed soldiers were brought to Sooroka military hospital.

"We are not sure if he is still alive or dead".

Sumber/Source;
iaanews

Kenyataan Rasmi

Kenyataan Rasmi, 
Briged Asy-Syahid Izz al-Din al-Qassam;

|| Berkenaan dengan pelanggaran waktu tempoh bertenang dan berkenaan dengan penawanan seorang tentera Israel di Timur Rafah ||

Berikutan pelanggaran perjanjian tempoh bertenang(72 jam)oleh tentera penjajah Israel pada pagi Jumaat semalam 01.08.2014, serta pencerobohan mereka ke dalam kawasan Rafah juga tindakan meletakkan penembak tepat mereka berhampiran setiap pinggir bandar Gaza, juga serangan ganas pesawat mereka ke atas pinggir Bandar Rafah membunuh berpuluh puluh penduduk awam yang tidak berdosa dan berlangsung sehingga ke detik ini dengan alasan mencari tenteranya yang hilang. Dengan ini kami ingin menegaskan sesuatu bahwa;

Pertama; Apa yang berlaku di timur Rafah sejak subuh pada hari Jumaat, bahawa tentera penjajah tidak mematuhi tempoh bertenang yang sepatutnya, mereka bertindak memasuki Gaza dengan skuad infantri menembusi had kedalaman sehingga lebih daripada dua kilometer di timur wilayah kami di Rafah, kami menganggarkan bahawa mereka telah digempur oleh pasukan kami yang berjaga di lokasi, pertembungan bermula pada kira-kira jam tujuh pagi sebelum masa sebenar tempoh bertenang, manakala pesawat musuh dan meriam darat membedil orang awam selepas 10:00 pagi iaitu satu serangan yang terang-terangan melanggar tempoh bertenang atas alasan bahawa seorang askarnya telah hilang.

Kedua: Sesungguhnya kami telah terputus hubungan dengan anggota kami yang berada di lokasi tersebut, dan kami menjangkakan bahawa semua anggota kumpulan kami telah terkorban dalam pengeboman bersama seorang tentera Israel yang ditawan, mereka mungkin terkorban akibat bedilan oleh pesawat penjajah, jikapun kumpulan kami berjaya menawan seperti yang dikata.

Ketiga: Sesungguhnya kami di Briged Al-Qassam sehingga kini masih tidak mengetahui di manakah tempat tentera itu hilang dan di mana ia disorokkan mahupun tentang hal keadaannya.

Keempat: Kami telah memaklumkan kepada pengantara kami dalam mengatur tempoh bertenang kemanusiaan ini bahawa kami bersetuju bahawa ketika tempoh bertenang kami tidak akan mensasarkan mana-mana bandar-bandar Zionisme, tetapi dari segi operasi, kami menegaskan bahawa kami tidak boleh hanya diam untuk membiarkan pasukan penceroboh masuk ke dalam kawasan kami. Pasukan kami yang beroperasi akan berjaga-jaga sepanjang masa, di mana jika tentera Israel menceroboh dan menembusi kawasan sempadan, maka akan berlaku pertembungan dengan pasukan kami dan ia sudah tentu akan membawa kepada berlakunya pertempuran.

Sesungguhnya ia adalah jihad, kemenangan atau mati syahid,
Briged Asy-Syahid Izz al-Din al-Qassam - Palestin

Sabtu 6 Syawal 1435 Hijrah
Sabtu 2 Ogos 2014 Masihi

sumber ; aman palestin